Friday, September 18, 2009

Hari Raya tak seindah mana

"Hoi bangun!", belakang badan aku ditampar. Sakit! Ohh, benci gila tgok muka dia! Jam dah tunjuk pukul 7.15 a.m. Aku dah lambat! Badan rasa lesu betul. Penat! Penat meraung malam td. Aku gagahkan diri utk bangun. Hati tengah hancur. Tak apa, aku nak jugak pergi sekolah! Aku benci duduk dalam rumah ni. Cepat2 aku cari baju sekolah, tak bergosok lagi. Kelam jugalah dibuatnya. Sedang aku menggosok...

"Kaw cepat sikit!", aku menoleh sekilas. Senyap.

"Bagi sini iron tu!", aku terus menggosok tanpa sebarang respon.

"BAGI SINI!!", air mata aku mengalir perlahan2.

"Kejaplah.. Nana dah lambat ni.", aku terus menangis sambil tangan bergerak laju.

"Hah! Cepatlah sikit! LEMBAP! terHEGEH -HEGEH!!!", air mata aku makin laju.


Aku hanya fikirkan MAMA. Ya, MAMA! Aku terus meluru ke kelas. Letak beg di tempat ku dan pergi ke tandas. Aku menangis sekuat hati, tak ada sesiapa pun masa tu. Aku cek purse aku. Tak ada satu sen pun. Aku terus keluar tandas dan mencari sesiapa yg boleh tolong pinjamkan beberapa puluh sen. Aku terserempak dgn Aiman. Aiman menegurku dan minta magic cube yang aku genggam erat.

"Aimannnn... Ad.. ade duit syiling tak? Aku nak pinjam boleh?", wajahku penuh mengharap. Aiman terus mengeluarkan dompetnya dari poket seluar dan menggoncang. Klingg! Kling! Kling! Dia angguk dan terus mengeluarkan lima keping syiling 10 sen. Dia hulur, aku capai.

"Terima kasihh..", aku terus berlalu tanpa mempedulikan Aiman yg ingin pinjam magic cube aku. Senyumku tawar. Aku ternampak bella, namun aku tetap terus ke kantin tanpa mempedulikan dia. Bella sedang tersenyum riang dengan ezza. Aku terus meluru ke kantin dimana public phone disediakan oleh pihak sekolah. Aku angkat ganggang dan masukkan duit syiling satu daripadanya. Aku mendail dan....

Mama : "Hello?"

Aku : "Mama....."(menangis teresak2)

Mama : "Kenapa?!"

Aku : (menangis dan menangis)

Mama : "Kenapa?! Cakap lah cepat!"

Aku : "Abah...."(mama senyap)

Mama : "Jangan buat hal. Kau kat mana?"

Aku : "Nana kat sekolah. Mama, amek la nana lepas sekolah... Pleasee."(Aku menangisss dan menangis)

Mama : "Sekolah je duluu. Balik rumah!"

Aku : "Mamaa.....Tolonglah."(tuttt. tutt.)

Duit syiling dah habis. Aku sedih sgt. Aku tak tahu apa yang boleh aku buat. Aku terus naik ke kelas dengan tangisan yang berbaki. Mata aku. Ohh, tak payah kata! Keliling mata bengkak dan sembap. Aku terus duduk dan membaringkan kepala. Tak ada sesiapa pun dalam kelas kecuali Aziz. Badanku terhenjut2 kerana nangis dan tak berbunyi. Aku seka dan terus membuka latihan matematik. Berpura2 biasa. Nazirah masuk dan...

"Nana, kenapa mata kau bengkak? Kau nangis ye?(sambil meluru ke arah ku dan duduk di sebelahku)Ceritalah kenapa. Ayah kau eh? Wey, ceritala. Jangan nangis macam ni.", aku tak dapat tahan lagi, air mata aku mengalir deras. Aku tidak menjawab soalan Nazirah. Aku hanya menggeleng sambil menekup mukaku. Dengan sekelip mata je, Bella, Anis, Mira, Ezza and Aleeyn berkumpul di sekeliling ku. Aku terus menangis dan menangis. Bila ditanya, menggeleng dan terus menggeleng. Bella lah yang aku perlukan. Bella duduk di sebelah ku dan genggam erat tanganku. Aku masih lagi tak tertahan. Aku menyandarkan kepalaku ke bahu bella. Yes, she's my shoulder to crying on. Then aku terharu gle sbb bella pun turut menangis. Namun aku tak boleh kata apa masa tu. Sampailah aku rasa lega. Muka memang basah.
Perlahan2 bella tanya. Agak lmbat aku berkata, tp akhirnya aku cerita jugak.
'Bella...Aku tak tahan duduk kat rumah tu. Aku benci bapak aku! Aku tak buat apa2 pun. Aku tak salah apa2 pun. Dia seret aku masuk bilik stor, dia tendang aku. Tak cukup tu lagi, dia maki aku, caci aku, herdik aku. Dia kata aku tak guna. Bella....Aku tak nak balik rumah tu dah. Aku tak nak tengok muka dia! Aku tak nak! Tolong aku bella...'
Bella terus ajak aku tinggal kat rumah dia. Tapi tapi..Aku takut. Aku takut bapak aku buat hal lain. Aku dah tak sanggup. Lalu, sampai hari ini hati aku masih terpenjara dan meraung ingin bahagia. Ingin lari dari derita. Setiap hari abah akan mengherdik;'aku pijak kau kang!''aku bunuh kaw kang''hotak kaw''pecah muka kaw karang!'
Ya Allahhh ya tuhanku. Yg maha pendengar lagi mengasihani. Kau lindungilah hambamu yang kerdil ini ya Allah. Aku redha dengan ketentuanmu. Aku terima ya Allah jika ini terbaik untukku. Aku tahu, aku tahu kau menyanyangiku. Apa yg kau tentukan adalah yang palin terbaik. Kau ampunilah dosaku ya Allah. Moga2 kau beriku kesenangan kelak. Berikanlah aku kejayaan dalam peperiksaan PMR ini ya Allah. Aku mohon ya Allah. Amin ya rabbal alaminn. Aminn.
*Wahai kawan2, sebenarnya kamulah yg bertuah! Sayangilah ibuayah korang sebagaimana diorg sygkan kamu semuaa.

Tuesday, September 8, 2009

Innalillahhiwainnailaihirajiun..

Takziah kpd ayah Fatiha. Ayah Fatiha meninggal dunia. Isk, sedih gle. Dah la dia nak PMR, then jadi mcm ni. Kalaulah aku kt tempat dia...

*Fatiha, moga kau kuat dan tabah. Aku doakan kau dapat markah cemerlang okay? Dont look back and dont give up! Be strong as you can. Aku tumpang sedih dengan apa yg terjadi.
Aku tahu kau boleh berjaya satu hari nanti. (:

Thursday, September 3, 2009

The Real Confession on today

All right. Confession kami tetap diteruskan walaupun Atus tak ada. Ohhh, yang 2w lagi sorg, dah taw ade benda penting tak datang pula. Hmm, so no matter how is, we need to do this CONFESSION. Perbicaraan dimulakan, aku kata...
"Guyss, kita semua kat sini bukan untuk bergaduh. Tolong jangan anggap confession ni pergaduhan tapi penyelesaian masalah. Aku buat ni sebab ada di antara kita semua yang tak puas hati sesama sendiri. Benda ni tak boleh dibiarkan. So, aku decide wat meeting cam ni. Tolong jangan tinggikan suara dan menggunakan bahasa kasar. Cakap elok2 dan dengan jelas. Dalam meeting kita ni, mesti ada orang yang akan sakit hati, aku tahu, mesti ada! So aku harap korang semua ready and terima semua ni okay?", yaa. Begitu panjang ucapan ku utk sahabat2 yang aku sayang. Mereka pula hanya mengangguk dan mereka juga suruh aku menyuarakan dahulu ketidak puasan aku.

Aku memulakan dengan menujukan rasa ini kepada orang yang terang2 aku tak suka tapi tetap sayang. Aniss.. Aku bengang dengan dia sebab karakternya yang agak menyakitkan hati sesiapa pun. Bukan aku sahaja, yang lain2 turut mengatakan perihal yang sama. Aku bertutur dengan penuh hati2 agar hatinya tidak begitu terguris, biarlah dia mendengarnya dengan rela dan ikhlas. Memang emosi di situ, Anis mengalirkan air mata sambil tersenyum. Dia mengaku kesalahannya dan bersebab. Lalu dia pula menyuarakan apa sebenarnya diri dia. Seorang demi seorang berkata padanya...Nazirah, Amira, Bella dan lain2. Habis di situ, aku bertanya pula apakah kalian ini tidak puas hati dan ada rasa marah dengan aku? Tolonglah beritahu! Semua menggeleng. Syukur alhamdulillah.

Nah, ada sorang lagi yang aku tak puas hati. Aku ragu2 untuk berkata padanya, tetapi hal ni tidak boleh dibiarkan. Aku dah jadi HIPOKRIT selama 2 tahun, aku tidak boleh teruskan sikap ini. Baik! Aku berterus terang. Nina...aku telah pendam perasaan dendam ini selama 2tahun. Bermacam perkara yang kau dah buat kat aku. Aku paling sedih bila kau sendiri mengajak aku bergaduh dengan kau and ekin, sehinggakan aku ditampar. Apalah dosa aku masa tu! Hidayu yang aku tak pernah kenal bagitahu ekin yang aku mengutuk ekin. OMG! Siapa Hidayu? Siapa? Aku pun tak pernah jumpa dia. Macam mana dia boleh ckp benda yang mcm 2w? SHE'S TOO RUDE! Nina pula tinggalkan aku sewaktu aku jatuh, aku dicerca. Masa tu, tak payah cakaplah..Aku pergi mana2 pun sorang2. Rasa diri ni kecil sangat.
Pada masa yang sama, Nina tinggalkan aku sebab Fitri. She's exboyfriend. Fitri beritahu yang aku minta kredit kat dia dan dia suka aku. Pasal kredit adalah tidak benar. Fitri cakap sendiri kat Nina dan baru hari ni aku tahu. Lelaki memang BODOH! huhhh, tak tahulah nak cakap apa lagi. Tapi memang ternyata dia laki DAYUS. And sebab tulah Nina tinggalkan aku. Barulah jelas perkara ni.
Nina nangis dan marah dgn sikap aku yang HIPOKRIT ini. Tapi aku tak ada jalan lain demi menjga perasaan dia dan hati aku yang tak terjaga. Entahlahh. Aku tetap sayang Nina.

Rakan yang lain melopong mendengar cerita kami. Namun, ini masih tak berakhir. Selasa minggu depan akan ada lagi satu CONFESSION sebab seorang daripada kami tak ada. Tadi, aku online myspace and Nina kata dia sedih. Ohh, serba salah hati aku. Tapi aku dah pun mintak maaf. Dan..masih menunggu maaf dia.

Nina. Aku minta maaf dan tak bermaksud nak sakitkan hati kau. Aku tahu aku mengungkit, tapi kisah lama tu jadi tanda tanya aku. Kenapa kau buat aku mcm 2w? Kenapa? Dan aku dah ada jawapan. Aku terpaksa HIPOKRIT sebab aku syang kau. Aku taknak hilang kawan mcm kaw. Aku sayang kaw kawan.

Confession (:


All right, that is my gang! Nab ngn May jea tade lg. Its okay, yang niy punn cukup. Lain kali, aku show pict Nab and May okay? Hmm, sekarang mcm2 jadi. Konflik yang hebat terjadi. Masing2 ada rasa tak puas hati. So, aku arrangekn perjumpaan yang dipanggil CONFESSION. Aku dah pun umumkan kat diorang semua pagi2 tadi, tapi ada 2org yang melarikan diri atau entahlahh. Aku anggap korang larikan diri dan pengecut. Ohh sorry, tapi aku dah maklumkan awal2, so korang sepatutnya ada dalam meeting kita 2w. Then, mana korg pergi? Semua ada dan tunggu korang sbb korang orang penting dalam confession ni. Ramai yang tak berpuas hati dgn korang 2org. Maybe ada juga orang yg tak puas hati ngan aku, aku tak deny tu. Tapi aku ada dan bersedia menyelesaikan masalah kita semua and aku tak takut.

Ntahlah, dulu aku tak macam niy, aku terima semua sahabat2 aku seadanya. Biarlah diorang gedik, buruk, jahat, suka kutuk, annoying atau apa pun, tapi aku tak anggap itu sebagai satu masalah and tak pernah complain. Hey, no body's perfect! Also me. Tapi something happen, and aku buat keputusan untuk ubah diri aku. Sekarang aku lebih garang and so far hidup aku tak mcm dulu. And one more thing, aku tak kisah kalau kwn2 aku tinggalkn aku. Then i ask u. Do you mind if your friend leave you? Of course I mind before, but now. Ohhh, so what?! I dont ever care! I love more myself then you guys. Heuuu, ntah ntah ntah. Aku tak tahu apa lg konflik kte lps ni, tp biarlah settle elok2. Hal mcm ni dah pernah jadi dan orang yg kami sayang dah pergi dari kawanan kami. Fatihah, we still love you! We still care about you. And we miss you really much. Fatihah pergi dan marah sebab hal ni lahh. Memang complicated klaw kwn ramai2. But this is our family, and we dont want our friendship ruin because at the same time we have a really sweet memory and we have fun together, isn't it?

Ohhh, sudah lah.

Wednesday, September 2, 2009

dyana dyana dyana (:


Dyana? I am dyana. (: Full name are not required! Biarlah kamu semua kenal diri ini sebagai dyana. Aku dilahirkan di HTAR, Klang. Mama cerita time nak lahirkan aku, doktor semua sibuk gile. Kepala aku da keluar kt celah kangkang barula doktor kelam kabut. Kejam kan? Fakta!;15 tahun yang lalu HTAR merupakan hospital yang paling teruk layanannya. My birthday held on 16 June. Well, I am 15 y/o now and totally virgin. Oh mannnnn, saya budak PMR! Susah? Act, tak susah pun. Tapi jadi susah bila malas bukak buku. Heeee! :D Bestfriend is NAb. She's my heart, my shoulders to crying on, and she's my clown! Hey nab, i love youlah. (: Boyfriend? hahh! tidak ada. Lebih senang single. Okaylah kawan, ikuti cerita2 yang bakal ku sampaikan yea!