Friday, September 18, 2009

Hari Raya tak seindah mana

"Hoi bangun!", belakang badan aku ditampar. Sakit! Ohh, benci gila tgok muka dia! Jam dah tunjuk pukul 7.15 a.m. Aku dah lambat! Badan rasa lesu betul. Penat! Penat meraung malam td. Aku gagahkan diri utk bangun. Hati tengah hancur. Tak apa, aku nak jugak pergi sekolah! Aku benci duduk dalam rumah ni. Cepat2 aku cari baju sekolah, tak bergosok lagi. Kelam jugalah dibuatnya. Sedang aku menggosok...

"Kaw cepat sikit!", aku menoleh sekilas. Senyap.

"Bagi sini iron tu!", aku terus menggosok tanpa sebarang respon.

"BAGI SINI!!", air mata aku mengalir perlahan2.

"Kejaplah.. Nana dah lambat ni.", aku terus menangis sambil tangan bergerak laju.

"Hah! Cepatlah sikit! LEMBAP! terHEGEH -HEGEH!!!", air mata aku makin laju.


Aku hanya fikirkan MAMA. Ya, MAMA! Aku terus meluru ke kelas. Letak beg di tempat ku dan pergi ke tandas. Aku menangis sekuat hati, tak ada sesiapa pun masa tu. Aku cek purse aku. Tak ada satu sen pun. Aku terus keluar tandas dan mencari sesiapa yg boleh tolong pinjamkan beberapa puluh sen. Aku terserempak dgn Aiman. Aiman menegurku dan minta magic cube yang aku genggam erat.

"Aimannnn... Ad.. ade duit syiling tak? Aku nak pinjam boleh?", wajahku penuh mengharap. Aiman terus mengeluarkan dompetnya dari poket seluar dan menggoncang. Klingg! Kling! Kling! Dia angguk dan terus mengeluarkan lima keping syiling 10 sen. Dia hulur, aku capai.

"Terima kasihh..", aku terus berlalu tanpa mempedulikan Aiman yg ingin pinjam magic cube aku. Senyumku tawar. Aku ternampak bella, namun aku tetap terus ke kantin tanpa mempedulikan dia. Bella sedang tersenyum riang dengan ezza. Aku terus meluru ke kantin dimana public phone disediakan oleh pihak sekolah. Aku angkat ganggang dan masukkan duit syiling satu daripadanya. Aku mendail dan....

Mama : "Hello?"

Aku : "Mama....."(menangis teresak2)

Mama : "Kenapa?!"

Aku : (menangis dan menangis)

Mama : "Kenapa?! Cakap lah cepat!"

Aku : "Abah...."(mama senyap)

Mama : "Jangan buat hal. Kau kat mana?"

Aku : "Nana kat sekolah. Mama, amek la nana lepas sekolah... Pleasee."(Aku menangisss dan menangis)

Mama : "Sekolah je duluu. Balik rumah!"

Aku : "Mamaa.....Tolonglah."(tuttt. tutt.)

Duit syiling dah habis. Aku sedih sgt. Aku tak tahu apa yang boleh aku buat. Aku terus naik ke kelas dengan tangisan yang berbaki. Mata aku. Ohh, tak payah kata! Keliling mata bengkak dan sembap. Aku terus duduk dan membaringkan kepala. Tak ada sesiapa pun dalam kelas kecuali Aziz. Badanku terhenjut2 kerana nangis dan tak berbunyi. Aku seka dan terus membuka latihan matematik. Berpura2 biasa. Nazirah masuk dan...

"Nana, kenapa mata kau bengkak? Kau nangis ye?(sambil meluru ke arah ku dan duduk di sebelahku)Ceritalah kenapa. Ayah kau eh? Wey, ceritala. Jangan nangis macam ni.", aku tak dapat tahan lagi, air mata aku mengalir deras. Aku tidak menjawab soalan Nazirah. Aku hanya menggeleng sambil menekup mukaku. Dengan sekelip mata je, Bella, Anis, Mira, Ezza and Aleeyn berkumpul di sekeliling ku. Aku terus menangis dan menangis. Bila ditanya, menggeleng dan terus menggeleng. Bella lah yang aku perlukan. Bella duduk di sebelah ku dan genggam erat tanganku. Aku masih lagi tak tertahan. Aku menyandarkan kepalaku ke bahu bella. Yes, she's my shoulder to crying on. Then aku terharu gle sbb bella pun turut menangis. Namun aku tak boleh kata apa masa tu. Sampailah aku rasa lega. Muka memang basah.
Perlahan2 bella tanya. Agak lmbat aku berkata, tp akhirnya aku cerita jugak.
'Bella...Aku tak tahan duduk kat rumah tu. Aku benci bapak aku! Aku tak buat apa2 pun. Aku tak salah apa2 pun. Dia seret aku masuk bilik stor, dia tendang aku. Tak cukup tu lagi, dia maki aku, caci aku, herdik aku. Dia kata aku tak guna. Bella....Aku tak nak balik rumah tu dah. Aku tak nak tengok muka dia! Aku tak nak! Tolong aku bella...'
Bella terus ajak aku tinggal kat rumah dia. Tapi tapi..Aku takut. Aku takut bapak aku buat hal lain. Aku dah tak sanggup. Lalu, sampai hari ini hati aku masih terpenjara dan meraung ingin bahagia. Ingin lari dari derita. Setiap hari abah akan mengherdik;'aku pijak kau kang!''aku bunuh kaw kang''hotak kaw''pecah muka kaw karang!'
Ya Allahhh ya tuhanku. Yg maha pendengar lagi mengasihani. Kau lindungilah hambamu yang kerdil ini ya Allah. Aku redha dengan ketentuanmu. Aku terima ya Allah jika ini terbaik untukku. Aku tahu, aku tahu kau menyanyangiku. Apa yg kau tentukan adalah yang palin terbaik. Kau ampunilah dosaku ya Allah. Moga2 kau beriku kesenangan kelak. Berikanlah aku kejayaan dalam peperiksaan PMR ini ya Allah. Aku mohon ya Allah. Amin ya rabbal alaminn. Aminn.
*Wahai kawan2, sebenarnya kamulah yg bertuah! Sayangilah ibuayah korang sebagaimana diorg sygkan kamu semuaa.

2 comments:

  1. ape-ape pown sentiasa berdoa kepada allah, sentiasa berdoa, dalam kesengan dan kesusahan..
    ape-ape pown, ape yg terjadi ade hikmah di sebalik kejadian.

    ReplyDelete
  2. when i read yours..
    i think.. bella sgt penting., :)
    and keep it up ya sayang.
    jgn putus asa. sys xprnah sedar even u lalui semua ni u can still smile. oMG! tenangnye u syang.

    ReplyDelete