Thursday, September 3, 2009

The Real Confession on today

All right. Confession kami tetap diteruskan walaupun Atus tak ada. Ohhh, yang 2w lagi sorg, dah taw ade benda penting tak datang pula. Hmm, so no matter how is, we need to do this CONFESSION. Perbicaraan dimulakan, aku kata...
"Guyss, kita semua kat sini bukan untuk bergaduh. Tolong jangan anggap confession ni pergaduhan tapi penyelesaian masalah. Aku buat ni sebab ada di antara kita semua yang tak puas hati sesama sendiri. Benda ni tak boleh dibiarkan. So, aku decide wat meeting cam ni. Tolong jangan tinggikan suara dan menggunakan bahasa kasar. Cakap elok2 dan dengan jelas. Dalam meeting kita ni, mesti ada orang yang akan sakit hati, aku tahu, mesti ada! So aku harap korang semua ready and terima semua ni okay?", yaa. Begitu panjang ucapan ku utk sahabat2 yang aku sayang. Mereka pula hanya mengangguk dan mereka juga suruh aku menyuarakan dahulu ketidak puasan aku.

Aku memulakan dengan menujukan rasa ini kepada orang yang terang2 aku tak suka tapi tetap sayang. Aniss.. Aku bengang dengan dia sebab karakternya yang agak menyakitkan hati sesiapa pun. Bukan aku sahaja, yang lain2 turut mengatakan perihal yang sama. Aku bertutur dengan penuh hati2 agar hatinya tidak begitu terguris, biarlah dia mendengarnya dengan rela dan ikhlas. Memang emosi di situ, Anis mengalirkan air mata sambil tersenyum. Dia mengaku kesalahannya dan bersebab. Lalu dia pula menyuarakan apa sebenarnya diri dia. Seorang demi seorang berkata padanya...Nazirah, Amira, Bella dan lain2. Habis di situ, aku bertanya pula apakah kalian ini tidak puas hati dan ada rasa marah dengan aku? Tolonglah beritahu! Semua menggeleng. Syukur alhamdulillah.

Nah, ada sorang lagi yang aku tak puas hati. Aku ragu2 untuk berkata padanya, tetapi hal ni tidak boleh dibiarkan. Aku dah jadi HIPOKRIT selama 2 tahun, aku tidak boleh teruskan sikap ini. Baik! Aku berterus terang. Nina...aku telah pendam perasaan dendam ini selama 2tahun. Bermacam perkara yang kau dah buat kat aku. Aku paling sedih bila kau sendiri mengajak aku bergaduh dengan kau and ekin, sehinggakan aku ditampar. Apalah dosa aku masa tu! Hidayu yang aku tak pernah kenal bagitahu ekin yang aku mengutuk ekin. OMG! Siapa Hidayu? Siapa? Aku pun tak pernah jumpa dia. Macam mana dia boleh ckp benda yang mcm 2w? SHE'S TOO RUDE! Nina pula tinggalkan aku sewaktu aku jatuh, aku dicerca. Masa tu, tak payah cakaplah..Aku pergi mana2 pun sorang2. Rasa diri ni kecil sangat.
Pada masa yang sama, Nina tinggalkan aku sebab Fitri. She's exboyfriend. Fitri beritahu yang aku minta kredit kat dia dan dia suka aku. Pasal kredit adalah tidak benar. Fitri cakap sendiri kat Nina dan baru hari ni aku tahu. Lelaki memang BODOH! huhhh, tak tahulah nak cakap apa lagi. Tapi memang ternyata dia laki DAYUS. And sebab tulah Nina tinggalkan aku. Barulah jelas perkara ni.
Nina nangis dan marah dgn sikap aku yang HIPOKRIT ini. Tapi aku tak ada jalan lain demi menjga perasaan dia dan hati aku yang tak terjaga. Entahlahh. Aku tetap sayang Nina.

Rakan yang lain melopong mendengar cerita kami. Namun, ini masih tak berakhir. Selasa minggu depan akan ada lagi satu CONFESSION sebab seorang daripada kami tak ada. Tadi, aku online myspace and Nina kata dia sedih. Ohh, serba salah hati aku. Tapi aku dah pun mintak maaf. Dan..masih menunggu maaf dia.

Nina. Aku minta maaf dan tak bermaksud nak sakitkan hati kau. Aku tahu aku mengungkit, tapi kisah lama tu jadi tanda tanya aku. Kenapa kau buat aku mcm 2w? Kenapa? Dan aku dah ada jawapan. Aku terpaksa HIPOKRIT sebab aku syang kau. Aku taknak hilang kawan mcm kaw. Aku sayang kaw kawan.

No comments:

Post a Comment